Sunday 20 November 2011

Taman Tamadun Islam (Islamic Civilization Park)

Sejarahnya…..



Pada abad ke-14, Islam dibuktikan telah disebarkan ke Terengganu oleh orang Arab, India dan China dan diterima baik oleh penduduk setempat pada masa itu. Penemuan “ Batu Bersurat  ” di Kuala Berang yang terletak di hulu Sungai Terengganu telah menjadi satu bukti yang kukuh untuk membuktikan penyebaran dan perkembangan Islam di Terengganu. Oleh sebab itu, Pulau Wan Man yang terletak di Sungai Terengganu, iaitu sungai bersejarah telah berkembang menjadi Taman Tamadun Islam ( Islamic Civilization Park ) yang kemudiannya menjadi salah satu tempat perlancongan yang terkenal di Terengganu.





Taman Tamadun Islam merupakan taman tema pertama yang dibina di dunia ini. Ia telah memaparkan keunikan monumen-monumen hasil seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia di samping membuktikan kegemilangan dan keagungan Islam. Taman tema ini mula dibina pada Mac 2005. Ia terbahagi kepada dua teman tema iaitu Zon A :  Monumen Park dan Zon B : Public Area.



Lawatan ke Masjid Kristal

Saya dan rakan-rakan telah berpeluang melawat ke Masjid Kristal dengan mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh Perwakilan Pelajar Cina.


Berkumpul sebelum bertolak ke Masjid Kristal.....


Akhirnya sampai……..





Pintu depan masuk ke Taman Tamadun Islam.







Mula-mula, kami mengunjung ke Zon A dahulu.



Zon A : Monumen Park

Pelan peta monumen di Taman Monumen








Bahagian depan pintu masuk Taman Monumen





Untuk masuk ke Taman Monumen, kita perlu membeli  tiket masuk. Bayaran tiket bagi pengunjung dewasa ialah RM10, kanak-kanak RM5 dan warga emas RM5 manakala bagi bukan warganegara pula, bayaran ialah RM20 seorang.

Sebuah buku kecil yang berupakan “passport”  dijadikan tiket untuk masuk ke Taman Monumen.














Cop keluar dari Taman Monumen.




Taman Monumen mengandungi  21 monumen termasuklah tugu dan masjid dari merata tempat. Setiap monumen memiliki keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. Kami berpeluang untuk melihat monumen-monumen yang bersejarah dan unik dalam taman tersebut.





National Mosque ( Masjid Negara)
Dibina pada tahun 1965 sebagai satu penghargaan untuk memperingati perjuangan dan jasa-jasa   Perdana Menteri pertama Malaysia. Bumbung utamanya melambangkan payung diraja yang terbuka  dan topi menara yang tertutup.





Kudus Al-Minar Mosque, Indonesia
Dibina pada tahun 1549 oleh Sunan Kudus ( Ja’far Shodiq ). Keunikannya ialah pengharmonian gaya antara Hindu-Jawa dan Islam dengan pembinaan menara yang menyerupai Candi yang biasanya terdapat  di kuil Hindu.





Pattani Mosque, Thailand.
Dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Field Marshal Sharit. Masjid yang menyerupai Taj Mahal ini telah menjadi titik tumpuan Thai Muslims dan tempat mengadakan majlis keagamaan.





Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Brunei
Dibina pada tahun 1958 di Bandar Segi Begawan. Ia telah dinamakan bersempena nama Sultan Brunei yang ke-28. Masjid ini direka cipta oleh arkitek dari Itali. Kubah utamanya diperbuat daripada emas tulen dan merupakan bangunan tertinggi di bandar.





Taj Mahal, India
Dibina pada tahun 1631 oleh Maharaja Shah Jaran bagi mengenangi kisah cinta bersama isterinya, Mumtaz Mahal. Ia merupakan simbol cinta abadi Maharaja Shah Jaran terhadap isterinya.





Badshahi Mosque, Pakistan
Dibina pada 1673 Masihi oleh Maharaja Aurangzeb Alamgir semasa zaman kegemilangan kerajaan Mongol.  Masjid ini merupakan masjid terbesar pada zaman itu, yang boleh memuatkan sehingga 65000 jemaah.





Dome of The Rock ( Qubbah As-Sakhrah )
Dibina pada tahun 692 Masihi di bawah naungan Umayyad Caliph Abdul Al-Malik ibn Marwan bagi melindungi batu terapung - “ Sacred Rock ” dan untuk memperingati Nabi Muhammad SAW ke langit melawat Tuhan.





Great Mosque of Samara, Iraq
Dibina pada abad ke-19 oleh Abbasid caliph Al-Mutawakkil. Masjid ini dibina dengan hanya menggunakan batu-bata dan tanah liat.









The Sacred Mosque ( Masjidil Haram ), Saudi Arabia
Masjid ini merupakan masjid yang terbesar di dunia dan  tempat yang paling suci bagi semua umat Islam. Ia mengelilingi Kaaba, tempat di mana semua umat Islam akan menghadap ketika mengerjakan solat.





Mausoleum of Abu Nasr Parsa, Afganistan
Dibina pada abad ke-17 dalam gaya Timurid. Makam ini berbentuk oktagon dan  dibina bagi memperingati ahli teologi terkenal di Afganistan iaitu Khwaja Abu Nasr Parsa.





Aleppo Citadel, Syria
Dibina pada abad ke-10. Ia telah dibina di atas sebuah bukit di Syria dan menjadi benteng Selecids Anak Saladin’s, Ghazi telah menggunakannya sebagai tempat kediaman dan kubu.





Mohammad Ali Mosque ( Alabaster Mosque ), Egypt
Dibina oleh Mohamed Ali semasa pemerintahannya yang juga dikenali sebagai kebangkitan Mesir.





The Prophet’s Mosque ( Al-Nabawi), Saudi Arabia
Terletak di Madinah yang juga dikenali sebagai Kota Nabi Allah. Masjid ini merupakan tempat kedua paling suci bagi Islam. Ia dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad dan tempat di mana dia telah dikebumikan.





Lutfallah Mosque, Iran
  Dibina pada abad ke-17 oleh Sheikh Lutfallah Maisi Al.Amili, seorang sarjana dan guru. Masjid ini ialah salah satu contoh terbaik seni bina Islam dan pernah digunakan sebagai masjid diraja.





Suleyman Mosque, Turkey
  Dibina pada tahun 1557 semasa pemerintahan 46 tahun Sultan Suleyman Empayar Utmaniyyah. Masjid ini dinamakan bersempena nama Sultan Suleyman yang memerintah Turki pada masa itu. Ia digunakan sebagai sekolah perubatan, hospital,kedai, dan rumah ketenteraan.





The Great Mosque of Qairawan, Tunisia
Dibina oleh Uqba bin Nafi pada tahun 670 Masihi. Masjid ini merupakan masjid Islam yang  tertua di Tunisia. Sehingga ke hari ini, ia telah dibina semula sebanyak tiga kali dan ia melambangkan kesaksamaan di Quirawan.









Kalyan Minaret, Uzbekistan
Dibina pada tahun 112 7 Masihi oleh Arslan Khan. Menaranya diperbuat daripada batu-bata yang telah dibakar  dan digunakan sebagai rumah api dan menara peninjau untuk mengelakkan serangan musuh. Bangunan ini merupakan hasil gabungan kejuruteraan awam dan seni bina yang unggul.





Agadez Grand Mosque, Niger
Dibina pada kurun ke-16 semasa zaman kegemilangannya. Keunikan masjid ini ialah ia diperbuat daripada kayu dan lumpur. Menaranya berbentuk piramid dengan 13 baris stakes  untuk mengukuhkan strukturnya.





Kul Sharif Mosque, Russia
Dibina pada tahun 1996. Masjid ini dibina semula berikutan  kejatuhan Kesatuan Soviet. Reka bentuknya mencerminkan sejarah Kremlin.





Al-Hambra Citadel, Spain
Al-Hambra juga dikenali sebagai Istana Merah. Ia merupakan istana purba dan kompleks kubu yang dibina semasa pemerintahan Mohammed bin Ahmar, Raja Nasrid pertama.









Minaret of Xian, China
Masjid ini telah dijumpai oleh Laksamana Cheng Ho pada dinasti Tang yang merupakan lambang sebuah kuil Buddha. Namun demikian paksinya menghadap ke Makkah.











Akhirnya, kami telah habis melawat semua monumen-monumen yang terdapat dalam Taman Monumen. Keagungan monumen-monumen tersebut telah memaparkan betapa kreaktif dan inovatif orang dahulu dalam seni bina sehingga memyumbang kepada perkembangan seni bina pada hari ini.

Selepas itu, kami juga berkesempatan untuk melawat zon B

Zon B : Tempat Awam

Di sini terdapat pelbagai  aktiviti yang boleh dijalankan seperti bersiar-siar mengelilingi sepanjang sungai menduduki bot, restoran dan food court, Pusat Konveksyen, Taman Pahlawan dan juga Masjid Kristal.



Masjid Kristal

Masjid Kristal terletak di atas permukaan Sungai Terengganu dan dibina daripada kaca dan keluli. Ia merupakan masjid pintar pertama di Malaysia dengan mempunyai keluasan 2146 meter persegi.  Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan akses internet membaca  al_Quran elektronik. Ia juga dilengkapi dengan penyaman udara supaya pengunjung berasa selesa ketika berada di dalam.




Pemandangan pada waktu pagi.




Pemandangan waktu senja.






Pemandangan waktu malam.





Semasa kami berada dalam Masjid Kristal....






Gambar yang diambil dengan menjadikan Masjid Kristal sebagai latar belakang.....








Pusat Konveksyen

Merupakan pusat yang pertama dan terbesar di Pantai Timur dengan menempatkan dewan utama dan dilengkapi dengan peralatan audio visual dan multimedia untuk memenuhi pelbagai acara. Ia sering dijadikan pilihan untuk mengadakan aktiviti seperti  mesyuarat, seminar, pameran, majlis konveksyan, majlis perkahwinan dan pelbagai acara berprestij.






Jeti Tok Ku Paloh

Bertolak dari jeti ini, kita boleh menikmati keindahan di sepanjang Sungai Terengganu juga dikenali sebagai TTI River Cruise yang akan membawa dalam perjalanan ke masa dulu, sebagai panduan pelayaran menceritakan kepentingan sejarah pelbagai bidang huluan serta hiliran. Selepas itu , juga boleh mengunjungi Arked Terengganu yang merupakan pasar atau gerai yang menjual pelbagai barangan yang diperoleh secara langsung dari kilang.



Pengkalan Tok Ku Paloh



Jeti dan pemandangan sepanjang sungai....




Barangan yang dijual di Arked Terengganu....





Bbeteng Restoren dan Food Court

Penubuhan restoran yang bertaraf dunia yang bertanggungjawab menyediakan makanan bagi upacara yang berlangsung di pusat konveksyen. Semua kawasan tersebut juga menyediakan Wifi untuk kemudahan semua pangunjung.







TTI Kedai Cenderamata

Kedai ini beroperasi dengan tujuan memenuhi keperluan pelancong dan pelawat untuk membeli cenderamata sebagai tanda peringatan.






Taman Pahlawan

Diberi nama bersempena  semua umat Islam yang berjuang atas nama Islam. Di sini, pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti luar seperti berjoging di laluan yang disediakan atau melihat anak-anak mereka bermain di taman permainan yang disediakan. Pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti berdayung di sekitar tasik.





Guest House

Dengan kemudahan-kemudahan moden, guest house di Taman Tamadun Islam telah menyediakan penginapan untuk pelawat dan pelancong. Pada masa ini. Terdapat empat unit rumah yang boleh menampung 26 orang dengan setiap unit dilengkapi  dengan tiga bilik tidur.



huhu...akhirnya kami telah selesai melawat kesemua tempat di Taman Tamadun Islam dan sudah tiba masa untuk balik ke kampus. Jumpa lagi!