Monday 19 December 2011

Tasik Kenyir Yang Mengasyikkan....













Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir,Terengganu adalah antara tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan di antara yang unik di dunia.Tasik ini dibina untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.Tasik ini seluas 2600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.




Tidak dapat dibayangkan bagaimana kawasan yang luas dan berbukit-bukit akhirnya berubah menjadi beratus-ratus buah pulau gara-gara ditenggelami air.







Tasik ini merupakan tempat pelancongan yang popular di Terengganu sejak kewujudannya, dan ia siap dibina pada tahun 1988. Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kini, Tasik Kenyir bukan sahaja berperanan sebagai destinasi pelancongan yang terkenal dan unik, malah ia juga menyumbang kepada pembangunan negara melalui stesen hidroelektrik di Jengor, Hulu Terengganu.




Di sebalik ketenangan air Tasik Kenyir, siapa sangka di dalamnya terdapat lebih 300 spesies ikan.













Gambar-gambar di atas menunjukkan spesis-spesis ikan yang berbeza di Tasik Kenyir.




Simfoni semula jadi seperti bunyi unggas dan serangga, kesegaran udara dan kedamaian berjaya memikat hati pencinta-pencinta alam. Tambahan pula, penemuan spesis pokok pakis yang jarang ditemui, anggerik, atau unggas, dan haiwan seperti enggang, gajah, cempelai dan juga harimau kumbang. Tasik Kenyir dan belantara di sekelilingnya menjadi rumah lebih daripada 8000 spesis bunga, 2500 spesis pokok, dan tumbuh-tumbuhan termasuk 800 spesis orkid dan 300 spesis kulat. Kira-kira 300 spesis ikan air tawar seperti Baung, Toman, Kelah, Kelisa, serta Sebarau membiak di dalam Tasik Kenyir. Oleh itu, Tasik Kenyir amat popular bagi pencinta alam semulajadi, kaki pancing, jurugambar serta yang gemarkan cabaran.




Pandangan Tasik Kenyir selepas Photoshop....



Keistimewaan di Tasik Kenyir.



Salah satu spesis flora yang didapati....



Air terjun...



Hutan hujan tropika....



Bot-bot...


Pemandangan yang mempesonakan....








Salah satu spesis fauna yang didapati......




Pemandangan persekitaran Tasik Kenyir...




Spesis flora......



Aktiviti riadah dan rekreasi popular yang boleh dilakukan di sekitar Tasik Kenyir meliputi bersiar-siar dengan bot, memancing, mandi air terjun, berkayak, merentas hutan, ekspedisi pacuan empat roda, dan bermain golf.



Air Terjun Sauk...






Air Terjun Lasir...










Bersiar-siar menggunakan bot...



Ekspedisi pacuan empat roda....



Memancing....












Berkayak.....




Terdapat kawasan perkhemahan dan trek merentas hutan di sepanjang Sungai Sauk, Lasir, Cacing, Lawit, Petang, Terenggan, Tembat dan Pulau Poh. Manakala aktiviti rentas hutan yang ekstrem ialah di trek laluan ke puncak Gunung Gagau.















 
Aktiviti penerokaan gua termasuk Gua Taat dan Gua Bewah (diingati kerana kisah kehidupan manusia prasejarah banyak diceritakan sepanjang usia kewujudannya. Terdapat kesan tinggalan sejarah dan penemuan terbaru telah menunjukkan bahawa penemuan rangka “Bewah Man” adalah lebih tua daripada “Perak Man”. Ia adalah bukti sejarah terkini arkeologi di Gua Bewah. Kedua-dua gua tersebut masih boleh dikunjungi “isi perutnya” kerana tidak ditenggalami air sejak pembinaan Empangan Kenyir.






















Bagi penginapan pula, terdapat pilihan penginapan bertaraf tiga bintang yang masing-masing bersaing menawarkan kemudahan bernilai tambah. Penginapan gaya calet tradisional merupakan penginapan yang paling popular dalam kalangan pelancong. Terdapat tempat penginapan yang dibina di atas pulau, gaya terapung seperti rumah bot, dan yang terperosok sedikit ke dalam redup rimba.



 
Sebenarnya, banyak lagi tarikan menarik di Tasik Kenyir iaitu Santuari Kelah di Sungai Cacing, Taman Herba di Pulau Sah Besar, Santuari Gajah di Sungai Ketiar, Taman Negara, dan lain-lain.




Jadi rancanglah percutian anda untuk meneroka keindahan Tasik Kenyir…