Monday 5 December 2011

Pantai-pantai Terengganu

Keindahan pantai bersama lambaian daun-daun kelapa..... 
Anda pasti akan merasakan ketenangan apabila berada di sini.....









Terengganu sememangnya terkenal dengan keindahan pantai-pantai. Pantai-pantai yang selalu diingati orang ramai ialah seperti Pantai Batu Buruk, Pantai Batu Rakit, Pantai Merang, Pantai Penarik, Pantai Bukit Kluang, Pantai Kelulut, Pantai Rantau Abang, dan Pantai Kamasek
Pantai-pantai di Terengganu dikatakan berbeza dengan pantai negeri lain dengan keputihan pasirnya,  keunikan struktur batuan di tepi pantai, dan juga lambaian pohon kelapa dan rhu yang mengamit kenangan sesiapa yang pernah singgah. Di tepi pantai anda boleh mengutip cengkereng siput laut dan simpan sebagai kenangan. Tidak sempurna sekiranya anda berkunjung di Terengganu tanpa bersinggah di mana-mana pantai.






Tepukan ombak dari Laut China Selatan...






Namum, kami hanya memilih tiga pantai bagi menerangkan keistimewaan dan keunikannya dalam blog kami ini.









Destinasi Pantai Pertama : Pantai Rantau Abang

Pertama kali, sememangnya Pantai Rantau Abang, di mana menjadi kunjungan ramai pelancong pada suatu masa ketika dahulu. Ini kerana pantai ini terkenal dengan kedatangan penyu-penyu yang bertelur di sini. Spesis penyu ini dikenali sebagai “Giant Leatherback Turtle (Dermocheleys coriaca)”. Penyu ini akan muncul bertelur dalam bulan Mei hingga September pada setiap tahun.  


Keindahan Pantai Rantau Abang....




 Gambar penyu bertelur pada waktu malam...

Telur-telur penyu......

Ramai yang tertanya-tanya kenapa penyu jenis ini memilih Pantai Rantau Abang untuk bertelur ????

Ermm…menurut cerita… kononnya kewujudan batu penyu telah menarik minat penyu jenis ini untuk naik bertelur di Pantai Rantau Abang. Sebenarnya ada dua buah batu penyu di Rantau Abang.

Bagaimanapun batu yang satu lagi tertanam di dalam sungai di laluan masuk ke bukit ini dan ramai yang tidak menyedarinya. Batu Penyu yang tertanam ini adalah penyu jantan yang merupakan pasangan kepada batu penyu di atas bukit yang merupakan penyu betina. Kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan.
Batu yang penuh misteri ini boleh dijumpai  apabila anda berjalan kaki kira-kira setengah jam melepasi Kampung Rantau Abang. Anda tidak perlu risau tersesat kerana terdapat papan tanda  untuk kemudahan pengunjung ke sini.





Batu penyu .. Jika diteliti dengan lama.. memang batu ini berbentuk  penyu....


Namun, kejadian penyu bertelur ini semakin kurang di pantai ini dan hampir dikatakan tiada langsung pada tahun 90an. Ini disebabkan telur penyu itu diambil oleh masyarakat yang tamak dan tidak bertanggungjawab. Walaupun, peluang untuk menyaksikan penyu bertelur secara langsung di kaca mata pelancong amatlah rendah… Tetapi Pantai Rantau Abang masih menjadi satu tempat pelancongan besar untuk beriadah seisi keluarga, berenang di air laut ataupun “sunbathing”. 










Destinasi Pantai Kedua : Pantai Batu Buruk

Pantai Batu Buruk merupakan antara pantai yang paling meriah kerana pantai ini selalu mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan bola tampar, sepak raga pantai, silat dan lain-lain. 

Kedudukannya yang strategik iaitu hanya 2 km dari pusat bandar Kuala Terengganu menjadikan pantai ini amat popular di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong luar. Ia lebih dikenali sebagai Taman Rekreasi Batu Buruk atau Taman Awam Batu Buruk. 

Pantai ini merupakan pantai paling bersih dan besar di Kuala Terengganu. Keputihan dan kehalusan pasir pantai, keindahan pantainya bersama lambaian daun-daun kelapa..... Memang pasti akan merasakan ketenangan bila berada di sana, boleh menjerit melepaskan stress  sambil menikmati keindahan alam yang mempesonakan.

Pantai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di sinilah ditemui Gendang Dong-Son iaitu gendang gangsa yang membuktikan negara kita tidak melalui zaman Mesolitik. Mengikut catatan sejarah, dikatakan Batu Buruk ini suatu ketika dulu adalah sebuah pelabuhan tempat persinggahan pedagang antarabangsa kerana kedudukannya yang strategik iaitu di laluan Laut China Selatan. 








Pantai Batu Buruk.......



Terdapat pelbagai kemudahan disediakan di sini. Antaranya ialah tapak pameran, pentas budaya, taman permainan, gerai makanan, tandas awam, laluan untuk jogging, tempat letak kenderaan dan bangku-bangku taman yang pelbagai bentuk restaurant A&W dan tandas awam. Tidak lupa juga pasar malam pada setiap Jumaat malam dari pukul 3.00 petang hingga 7.00 malam.





Semestinya menjadi tarikan bagi kanak-kanak....



Pada hari lawatan kami, kami sempat menyaksikan pertandingan taekwando pantai yang diadakan bersempena dengan Monsoon Cup 2011 yang dianjurkan oleh Kelab Taekwando Gemilang. Menarik sungguh melihat gelagat kanak-kanak bertumbuk dan tendang sakan di permukaan pasir yang putih itu.



Macam menari je ..



Jom Berlawan !!!



Siapa akan menang ye? Merah atau biru? hmmm ...









Selain itu, kereta kuda berhias dan “house riding” juga menjadi satu tarikan istimewa di Pantai Batu Buruk ini. 






Pemandangan pada waktu senja...






Destinasi Pantai Ketiga : Pantai Bukit Keluang

Pantai Bukit Keluang merupakan pantai yang unik kerana terdapatnya struktur batu-batuan di tepi pantai dan terbentuknya gua-gua kecil. Pantai ini dahulunya terkenal dengan kisah tempat persembunyian lanun-lanun. Lokasi pantai ini terletak beberapa kilometer dari Kuala Besut dan kira-kira 3 km dari Pantai Air Tawar.

Keindahan Pantai Bukit Keluang.....



Tempat berjalan kaki turut dibina supaya pengunjung dapat berjalan ke atas bukit untuk menikmati pemandangan Laut China Selatan dari atas......









Pantai Bukit Keluang juga dikatakan merupakan destinasi ideal bagi beberapa aktiviti air seperti berenang, snorkelling, “wind surfing” dan ia turut menjadi pilihan pengakap untuk berkhemah.





Tunggu apa lagi, jom ramai-ramai mengunjungilah pantai-pantai di Terengganu ini. Menikmati panorama sepanjang pantai dengan lebih bebas dan luas. Berkelah, menenangkan fikiran dan bereakrasi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada hujung minggu.....




1 comment: